Monday, October 1, 2007

bicara lima..

hello hello..
maaf lah dua hari ni cik yani tak ada dirumah..
almaklum lah cik yani sibuk buat kuih.
dah siap lima macam kuih tau!
1)biskut semprit
2)butter cookies
3)kuih tart
4)biskut kopi
5)biskut kacang..
ada lagi yang akan dibuat minggu depan!

oh ya, maaf la mr ganteng..
tak dapat nak tunjuk kan gambar2 tu..
faham2 jelah, cik yani masih pakai kamera film..
jadi terpaksa tunggu sampai film dah habis baru boleh cuci :)
nanti kalau dah siap, cik yani tunjukkan ya.

hmm.. diam tak diam dah masuk 19 hari kita berpuasa..
dalam 2 minggu lagi kita akan menyambut hari raya..
semuanya dah siap?
baju?
kasut?

bagi cik yani tahun ni kurang merasai kehangatan raya..
hmm entah kenapa..
selalunya bila dengar lagu raya mesti perasaan berkobar2 nak sambut raya.
tapi kali ni rasa lain pulak.
hmm mungkin belum rasa lagi..
masih ada 2 minggu kan..
tapi cik yani nak ucapkan terima kasih kepada yang berkenaan kerana buat cik yani rasa macam ni..
anda telah mengambil sedikit kegembiraan yang sepatutnya saya rasa tatkala ingin menyambut raya.

cik yani: hello. boleh saya tujukan lagu?
dj: ya silakan..
cik yani: saya nak tujukan lagu 'sepasang kurung biru' (tukar warna ungu boleh tak?) kepada seseorang. dengan ucapan terimakasih.

oops maaf.
cik yani telefon radio tadi..
oklah dah nak buka ni..
sesungguhnya cik yani berpuasa..
nanti datang lagi ya..
kita borak2 pasal lagu2 raya..
nak tak?
bagitahu la cik yani lagu favorit awak2 semua..

oklah cik yani pegi dulu ya.
nak siapkan juadah untuk buka..
alah mee maggi je..
hmm awak2, tu nanti keluar jangan lupa tutupkan pintu ya.
bye bye..

No comments: