Monday, October 8, 2007

bicara sembilan..

hello hello..
hmm..
setelah 5 hari mendengar lagu 'happy happy',
tiba masanya kita mendengar lagu yang 'feeling sikit..

lagu 'sepasang kurung biru' ni pun merupakan lagu kegemaran cik yani..
tak sah seandainya tidak mendengar lagu ni..
kalau masa sekolah dulu, cik yani dan teman (Cik Nisa) akan mengira berapa kalikah lagu ini dimainkan dan Cik Nisa akan mengira berapa kalikah lagu 'pulanglah' dari Aisyah diputarkan di radio..

bila dengar lagu ni,
mesti nak nyanyi..
nyanyi pelan2 je..
dulu, nyanyi untuk suka2..
tapi kali ni bila dengar lagu tu,
rasa lain..
kali ini lagu tu bermakna..
dalam erti kata lain, 'i can relate to it'..

amati lah lirik lagu ini..
cik yani pernah bagitahu kan yang cik yani kurang merasakan kehangatan nak sambut raya..
hmm.. inilah antara sebab2nya..
bagi yang mengetahui tentang hal ini,
bukan cik yani nak fikirkan sangat tentang perkara ini..
yang lepas, biarkan ia berlalu..
tapi perasaan sukar nak dikawal..
kadang-kala bila bersendirian,
fikiran mula merayap..
mengingat semula detik2 bersama.. menyambut raya..
memang tak ada gunanya mengingat kembali semua itu..
tapi cik yani pilih untuk tetap mengingati..
mungkin yang berkenaan langsung tidak memikirkan tentang cik yani..
mungkin beliau sedang bergembira..
jadi apa gunanya cik yani bersedih..
tapi walau bagaimana gembira sekalipun cik yani, hati tetap rasa kosong.

tapi cik yani tetap bersyukur dapat menyambut raya dengan orang2 yang cik yani sayangi.. mak dan bapak.. saudara-mara dan rakan2 terdekat.. (insyaAllah)..
walaupun lagi seminggu sahaja kita akan menyambut raya, cik yani tetap rasa macamni..
walaupun semua dah disediakan,..
kuih.. baju..
kasut dan sebagainya..
sebahagian hati tetap rasa kosong..

kepada yang berkenaan..
seandainya awak membaca luahan hati saya ini,
ketahuilah bahawa tanpa awak sedari,
awak telah mngambil kegembiraan yang sepatutnya saya rasa..
walaupun hati saya rasa kecewa sangat,
saya tetap pilih unuk mengingati detik2 indah yang pernah kita lalui..
bukan ingin menagih simpati dari awak atau meletakkan harapan..
hati saya dah tertutup..
kecewa yang amat sangat..
terimakasih kerana telah mengecewakan saya..
melukakan hati saya..
mengambil kebahagiaan saya..
membuat saya macamni..
walaupun saya kelihatan gembira dan seolah2 tiada apa yang berlaku,
hati dan perasaan saya hanya Allah saja yang tahu..
saya dah tak dapat rasakan kegembiraan yang sebenar..
setiap kali saya ketawa, saya akan menangis dlm hati..
setiap kali saya rasa gembira, saya akan rasa sedih..
kenapa awak perlu buat macamni pada saya..
apa salah saya..
memang saya tidak sempurna..
memang saya bukan yang terbaik..
setelah saya yakin dengan hubungan kita, awak buat saya macamni..
awak kejam..
mana perginya janji2 awak..
kata2 manis..
tolonglah ambil balik semua itu..
bagi pada wanita yang lebih berhak..
dan fikirlah sebelum awak meluahkan kata2 itu lagi..
kerana awak mungkin akan termakan semula kata2 itu..
dan pada saat itu, awak lah orang yang paling tidak boleh dipercayai..
sesungguhnya orang yang matang akan berpegang pada janji..
jangan membuat janji pada yang tidak pasti..

semoga awak sentiasa bergembira dengan wanita yang lebih baik dan sempurna dari saya..
sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang buruk dari kita..

kepada yang mengetahui, cik yani minta maaf..
cik yani tahu yang cik yani tak sepatutnya macamni..
cik yani akan cuba lupakan..
bagi yang tidak mengetahui apa2,
maaf kerana luahan hati cik yani ini mungkin akan membuat anda tertanya2..
doakan agar cik yani dapat merasakan kebahagiaan dilebaran nanti tanpa sedikit pun merasa kesedihan..
insyaAllah..

No comments: