Tuesday, October 23, 2007

bicara tiga belas..



20th October 2007

hello hello..
hmmm.. maaf dah lama mendiamkan diri..
ni cik yani baru balik dari geylang serai..
dan cuba teka apa yang cik yani beli..?
saya beli cd ANUAR ZAIN!!!!!
masa puasa nak beli tapi abang kedai tu cakap "sorry lah adik. dah habis.. abang cuma order 100 je.."
cik yani(dalam hati): huh?! ape ni.. order lah banyak2.. ish! sibuk je orang2 yang beli tu
dan tadi tergerak hati nak masuk kedai tu lagi..
and i saw the CD!
apalagi, tangan pun mencapai.. tak rela melepaskan..
mak pun cakap "ah kata nak beli.. belilah.. nanti dah habis bising2 pulak"

cik yani pun belilah..
cik yani: ni cd yang baru kan?
abg kedai: ye adik ni yang baru.. ni abg tengah main lagunya..
cik yani(dalam hati): dah banyak kali saya dengar bang.. tapi tak sah kalau tak beli cd ni.
abg kedai: ni abg order lagi 60 tau.
cik yani: hari tu dah nak beli tapi dah habis..
abg kedai: tu lah cd ni laris.. hah abg tu(muncungkan mulut ke arah kawannya) kata nak suruh anuar zain datang.. promote album..
cik yani: IYE KE?!
abg kedai: tapi tu lah takut nanti tak ada org datang pulak!
cik yani: eh mesti ramai.. kalau tak pun saya ada.. haha
mak cik yani(bisik kat cikyani): eh tanya lah kalau ada posternya..
cik yani: eh tak nak lah.. malu je..
abg kedai: ape dier kak?
mak cik yani: posternya ada?.. kakak cuma tanya je..
abg kedai: sekejap ye. (suruh kawan check..)
cik yani(dalam hati): minak2 ada lah.. haha
kawan abg: adik u are lucky.. ada lagi satu
cik yani(senyum kambing): woo hooo! terima kasih lah bang..
(dalam hati): tak dapat orangnya, poster pun jadi lah!
*cik yani amat gembira hari ini.. gembira yang teramat*

oh kat bilik cik yani dah ada satu poster anuar.. dapat dari majalah..
ni bukan kes beli majalah sebab nak dapat poster tau!
sememangnya saya membaca majalah itu!
sekarang ada dua!

hmm nak cakap apa, cakaplah.
saya tak kisah..
saya amat meminati cik nuar..
walaupun dia tidak mengetahui kewujudan saya..

khas buat cik nuar..
terimakasih kerana telah menggembirakan saya tatkala saya sedih (dengar lagu je dah happy)
anda sungguh kacak dimata saya..
suara anda sungguh lunak ditelinga saya..
dan.. U R HOT! :)

cik yani suka lagu 'lelaki ini"..
bestkan kalau ada jejaka yang nyanyikan lagu ni untuk kita..
dan cik anuar selalu nyanyikan untuk cik yani (dah start feeling balik..)
kadang kala cik yani fikir lagi baik sukakan orang tu yang tak tahu akan kewujudan kita..
"i wont hurt him and he wont hurt me" ouch!

tapi jangan risau, cik yani sentiasa berpijak dibumi yang nyata.
tapi tak tahu lah sampai bila cik yani akan kuatkan radio bila dengar lagu cik nuar..
akan duduk depan tv bila dia nyanyi kat tv..
akan jadi 'histeria' bila gambar dia keluar kat majalah..
mungkin sampai cik yani jumpa dengan cik nuar sendiri..
i want him to know that i minat him like no one's business!
hmm dengar2 cik nuar nak datang tau..
yang pastinya cik yani akan ada disana! :)
oh cik nuar.. kita akan bertemu akhirnya.. insyaAllah :)

eh mr ganteng, jangan lupa pulangkan vcd karaoke anuar zain saya!
pinjam, tapi tak nyanyi lagu cik nuar..
kan dah kalah... lagu 'pelangi senja' tu jugak yang dia nyanyi..

oklah.. nak tido ni..
esok dah start lambai2 kat orang..
LAMBAIAN PULAU.. haha..
okay selamat malam.
nanti bila2 cik yani kasi dengar lagu 'lelaki ini' k..
radio rosak la sekarang ni..
lagu dia tak bolah keluar!

lagu yang korang tengah dengar ni kononnya menceritakan saat2 cik yani jumpa cik nuar..
yes, i've meet him before.. bertentangan mata!
siap peluk lagi.. oops!
off the record pls.. :)
jangan gossip2 tau!
ok byeeee........

No comments: