Sunday, February 3, 2008

bicara lima puluh lapan

"Kata-kata Sang Punjangga"

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia,
jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa.
Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang...

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kita tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram.
Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang
sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kita inginkan,
pergilah ke mana-mana yg kita ingin tujui
dan jadilah apa yg kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan
dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Semoga kita memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kita menarik,
percubaan yg cukup utk membuatkan kita kuat,
kesedihan yg cukup utk memastikan kita adalah seorang insan
dan harapan yg cukup utk membuatkan kita bahagia...

Kadang-kala ALLAH hilangkan sekejap matahari
kemudian didatangkanNya pula guruh dan kilat.
Puas kita mencari di mana matahari,
rupa-rupanya ALLAH ingin menghadiahkan kita pelangi yang indah ...

semoga kebahagiaan milik kita semua..
untuk kamu, kamu & KAMU!

~dikala hati merindui~

No comments: