Monday, October 20, 2008

bicara satu ratus lima puluh dua

satu pergi.. ramai yang datang.
adakah kehilangan yang dirasai?
tentu sekali tidak.
kadang-kala kehilangan itu memberikan satu jawapan.
satu jawapan yang selama ini dicari.
usia mengajar kita tentang erti kedewasaan..
dengan akal dan fikiran yang waras, kita dapat berfikir dengan matang..
tetapi apabila perasaan dan emosi menguasai,
segala-galanya menjadi sesuatu yang rumit.
terlalu rumit sehinggakan tiada jalan penyelesaian yang dapat diambil.
seperti yang telah dikatakan..
tidak semua kehilangan itu menyedihkan..
malah.. ianya meringankan beban.
tidak perlu berfikir panjang..
tidak perlu sentiasa berasa bersalah..
tidak perlu sentiasa meminta maaf..
tidak perlu lagi dijadikan kambing hitam.
cukup sekadar disini.
sesungguhnya, diri ini sudah terlalu penat menjadi si 'jahat'..
walaupun yang jahat dan yang bodoh adalah orang lain.

jangan terlalu mengikut emosi.
akal dan fikiran diberikan untuk digunakan dengan sebaiknya.
berfikiran la secara matang.
merendah-rendahkan diri sendiri bukan caranya untuk menagih simpati.
menagih simpati.. dan secara tidak langsung memburukkan orang lain.
mungkin cara seperti iu harus diberikan tepukan gemuruh kerana ianya mudah memperdayakan orang2 yang juga tidak dapat berfikir secara rasional.
alhamdulillah kerana diri ini telah dikurniakan dengan akal dan fikiran..
yang dapat berfikir secara matang dan rasional..
dan tidak terlalu mengikut emosi..
dan dapat mengawal jiwa yang kadang-kala sensitif.

kepada rakan2 yang memahami..
terimakasih kerana berkongsi kepercayaan yang sama..
kita sentiasa berada ditempat yang salah..
dan sentiasa meminta maaf..
tetapi kita adalah orang2 yang matang dan tidak seharusnya bertindak secara terburu-buru..
dan dengan cara yang keanak-anakkan.

kepada AWAK..
terimakasih kerana sentiasa mendengar keluhan saya.
dan terimakasih kerana tidak terikut-ikut...
saya pasti awak pun setuju dengan saya bahawa perkara2 macamni tidak seharusnya terjadi..
nak buat macamana,
tidak semua orang macam kita :)

dan yang telah membaca, terimakasih.
faham2 la sendiri ye.

No comments: