Friday, September 28, 2007

bicara dua..

hello hello semua..
hmm semalaman saya berfikir, "nak tulis apa ya di blog ini?"..
dan saat ini saya masih berfikir..
nak tulis tentang rutin harian saya atau kejadian2 yang sedang berlaku atau..
apa2 yang dibawah matahari (under the sun la!).
kalau tulis tentang rutin harian, takut orang bosan pulak!
benda2 yang berlaku dalam hidup saya tak lah se'happening' mana.
tapi saya suka pulak baca blog orang yang menceritakan tentang kehidupan mereka seharian..
macam blog kawan saya 'Cik Bedah'.. yang khabarnya sedang dilamun hmm.. C.I.N.T.A
sebenarnya saya ni 'kaypoh' sikit..
itu sebabnya saya suka baca blog macam tu..
lagipun dapat juga tau khabar berita dan bagaimana keadaan kawan kita.

sebut pasal kawan ni, cik yani nak lah cerita sikit..
hmm dah nak setahun tinggalkan bangku sekolah..
hmm bukan setakat bangku.. meja, bilik darjah dan segala harta benda dalam sekolah tu ditinggalkan!
bila terlihat gambar2 yang dipetik waktu sekolah dulu, teringat zaman2 ke'bodoh'an, ke'selenge'an dan ke.. ke.. yang lain.

waktu sekolah rendah, mak cuma benarkan bawak kamera bila ada perayaan tertentu atau pergi 'excursion'..
sebelum tu perlu isi 'film' dulu.. selalu suruh bapak beli yang 36 (dapat ambik banyak gambar!)
ambik gambar yang perlu aja!..

waktu sekolah menengah pun macam tu juga.
tetap dengan 'kamera film'.. siap kenyit mata bila nak petik gambar!
petik gambar tu lah, gambar ni lah..
macam2!
dulu kalau dapat bawa kamera dah kira best!

bila dah masuk pra-u, tetap bawa kamera..
tapi tak perlu nak tunggu hari2 tertentu!
suka hati lah bila nak bawa..
dan.. tak payah nak beli 'film' lagi!
cuma bawa spare battery je!
seronok kan..
dan bila dah ada kamera, apa lagi.. klik! klik! klik!

nak diikutkan, banyak juga gambar yang cik yani ada dengan kawan2..
ber'album2' banyaknya!
setiap gambar menceritakan sesuatu..
kaki2 posing cik yani ialah Cik Bedah dan Cik Nad
semua gambar muka kita!
ye lah, dah semua gambar kita yang petik!

bila melihat gambar2 kawan2 yang lain, terfikir jugak kat mana diaorang sekarang ni..
baik ke tidak..
itu sebabnya, cik yani suka baca blog kawan2..
dapat jugak tahu keadaan mereka.
dapatlah cik yani doakan kebahagiaan mereka dari jauh.
sekarang ni semua orang sibuk.. sukar untuk buat temu janji..
kalau terserempak kat geylang dengan keadaan yang kecoh pun dah kira happy.

hmmm.. rindu sangat kat rakan2 seperjuangan..
walau dimana kalian berada, semoga berada dalam keadaan sihat dan gembira!
kepada Cik Bedah dan Cik Nad, terima kasih banyak!
kita lah powerpuff girls, kita lah charlie angels (tanpa charlie)..
kita lah segala2nya.
sayang korang..
a toast to our friendship!

dengan ini, cik yani tujukan bicara dua kepada semua rakan2 yang mengenali diri ini.
salam sayang dan rindu..
mmmuuuaaaah!

No comments: