Wednesday, March 26, 2008

bicara lapan puluh enam

coping well..
doing good..
its only the 2nd week..
i know i can..
i will and i must!
yani boleh!
mesti boleh punya!
erm..
kalau tak boleh,
buat2 boleh
boleh tak? :)

well, its not dat bad u know..
especially when u know u got something to look forward to after class..
like meet-ups with girlfrens..
or date..
or get something from the mall.
simple pleasures u noe!

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"
a quote that comes together with a cute picture.
tapi kan,
kita mesti lihat tinggi atau rendah tangga itu..
kalau rendah, senanglah nak naik..
kalau tinggi, susah kan.
tapi sesusah mana sekalipun, tetap perlu cuba untuk naik..
ya. naik dan terus naik!
kalau dah penat, rehat sebentar..
dan janganlah sesekali terjun..
kerana itu akan membawa padah!

hmm.. cuba bagi quote tu pada murid2 sekarang..
mesti ada yang akan cakap,
"buat apa naik tangga kalau boleh naik lif"
memang betul.. buat apa susahkan diri kan..
tetapi sesuatu yang harus kita ingat..
kejayaan tidak akan datang bergolek..
ataupun dalam kes ini, jatuh bak magga yang sudah ranum.
kita yang perlu panjat pokok tu.
kalau kejayaan senang diperoleh,
mengapa masih ada yang tidak berjaya dalam kehidupan?
renungkan lah..
eh jangan renung sahaja..
fikir-fikirkan lah..
dan harus diingat juga,
tidak semua tangga harus dipanjat..
ketahuilah apa yang ada diatas sana sebelum memanjat.

jadi kesimpulannya,
panjat lah tangga yang awak inginkan
sebelum ia jatuh menimpa awak! :)

No comments: